Thursday, September 30, 2010

dunai dan seisinya

beriku adalah perbualan antara seorang teruna dan seorang gadis manis.

teruna: sudikah dikau menjadi permaisuri hatiku?

gadis manis: awak ade duit tak?

teruna: tiada, tetapi saya ada hati yg tulus, dan ianya hanya milik awk seorang..

gadis manis: hati awk tu boleh buat kenyang ke? kalau anak saya lapar nanti takkan nak bagi dierang makan hati awk pulak?

teruna: percayalah, rezeki kita akan menjadi murah selepas kita berkahwin nanti..

gadis manis: awk kerja ape sekarang? cukup tak nak tanggung saya anak beranak nanti? nanti awk nak hantar anak saya pergi sekolah naik ape? kancil? usah le, tak selamat.

haru biru

hidup sebagai seorang pelajar bukanlah sesuatu yang mudah bagi Sang Ketumbal. tiap2 hari ade homework. Tu tak masuk lagi yg nak kene ulangkaji. Mama beliau pula merupakan seorang wanita yang gigih bekerja keras, siang dan malam untuk menampung kehidupan anak-anaknya. Asal muncul sahaja peluang untuk mendapatkan wang, beliau tanpa berlengah2 segera pergi mendapatkan peluang tersebut.

Sebagai anak sulung, Sang Ketumbal berasa bertanggngjawab untuk menjadi idola kepada adik2 beliau dari segi keberjayaannya dalam segenap bidang. Walaupun begitu, tahapnya tidaklah seperti yg beliau selalu angan-angankan. Seringkali beliau ter'stuck' di tengah2 persimpangan jalan menuju kejayaan. Dan walaupun seringkali itu jugalah beliau bangkit semula, beliau sering merasa letih terhadap bagaimana dunia membalas hasil kerja kerasnya.