Thursday, January 28, 2010

Indahnya Bahasa...

"Kamu ni asyik bermain saja, bila kamu belajar?" tanya beliau.
Aku diam, aku tahu. Beliau bukan bertanya sebenarnya, tetapi mengingatkan. Selain ayah, beliaulah orang yang paling aku hormati, malah aku takuti(kadang-kadang).:)

"Kamu selalu menuliskan?" tanya beliau lagi. Aku diam. Sambil2 memikirkan jawapan yang mampu memuaskan hatinya, beliau menyambung lagi,

"Jangan menulis tentang diri sendiri. Ingat pesan ni, orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tetang orang lain. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri."
Aku mengangguk perlahan. Dalam makna kata-katanya kali ini.

"Aku lihat banyak kecenderungan sesetengah penulis asyik menulis tentang dirinya sendiri. begitu juga penceramah yang asyik bercakap tentang 'aku'nya."

"Tapi bang, tak salah kalau pengalamannya itu dapat dikongsi dengan orang lain. Malah, itu lebih real daripada apa yang dialami orang lain." aku membalas. Rasa ingin tahu semakin mengatasi rasa segan aku padanya.

"Betul. Tak salah. Tapi jangan keterlaluan."
"Kenapa bang?"
"Sebab kekuatan ilmu lebih ampuh daripada kekuatan peribadi. Biar pembaca atau pendengar bersandar kepada kekuatan ilmu yang diketengahkan, bukan kekuatan peribadi penulis atau penceramah itu sendiri."
"Kenapa bang?"

Beliau merenung tajam.Dia faham kali ni aku bukan menyoal, tetapi mempersoalkan.

"Aku lihat penulis atau pendakwah masa kini tidak syumul dari segi personalitinya. Tak payahla aku menghuraikan dengan lebih terperinci, muhasabahla diri masing2."
"Biasala bang. Nobody's perfect kan? Takkanla apabila semuanya sempurna baru kita boleh berdakwah?"
"Tidaklah begitu, tetapi biarlah pendakwah sekurang-kurangnya lebih sempurna sedikit daripada golongan yang diserunya."
"Kalau tak?"
"Masyarakat akan kecewa, melihat melihat insan-insan yang mereka kagumi malah yang ingin diteladani tidak seperti yang mereka harapkan."

Aku menikus. Faham. Berapa ramai penulis mahupun pendakwah yang tergelincir dari landasan yang sepatutnya.

Tuesday, January 26, 2010

lelaki baju hijau itu...

Aku bukan ape, ni dah kali ke2 lelaki berbaju hijau itu mengganggu mimpi2 indah aku. bukannye sekali, tapi dah 2 kali!! Ini da lebih.. sdangkan pisang pn berbuah sekali je.
Pandai memandai membuat hukum karma sendiri. Sedangkan Siti Nurhaliza pun berduet dngan Noraniza Idris menyanyikan lagu 'Hati Kama'. Perjalanan yang sepatutnya berjalan dengan lancar diganggu, dihalang, diterpa, dikucar-kacirkan, dihuru-harakan, tanpa perikemanusiaan langsung. Di manakah sifat perikemanusiaan dalam dirinya? tidak mungkin ianya hilang dipuput bayu begitu sahaja. Ataupun ianya disapu kemas oleh keegoan diri sendiri? Keegoan yang dihiasi misai tebal setebal 8 inci dan pakaian ala2 tentera pedahal bajunya tiada secalit celoreng sedikit pun. Mungkin sekali dia dihimpit masalah keluarga yang tidak sudah2 menerpa meninggalkannya keseorangan terkapai2 kelemasan di dalam lautan kekusutan yang tidak berpenghujung. Masalah duit, isteri nak pkai gelang baru, anak x score A+ walaupun sudah diberi RM500 sebulan, anak perempuan kena tangkap basah kerana mandi di lombong tinggal, gaji kena potong, karbureta motor terbelah dua, ekzos kereta tersumbat najis sendiri, serta seribu satu macam lagi masalah2 normal yang biasanya berlaku kepada pekerja2 'kelas ketiga' di negara 'pasca kemerdekaan' ini..

Lalu dilampiaskannya segala kekusutan itu kepada penghuni2 daerah sempit ini. Tanpa belas kasihan, tanpa perikemanusiaan, dia menerpa, dia muncul dari segenap penjuru, seolah2 ingin memperagungkan kehadirannya di daerah sempit ini. Sudahla duduk bagaikan di bawah tempurung, para penduduk yang mulia ingin di tempurungkannya pula. Tetapi itu sudah psti tidak akan berlaku. Segala propaganda dan madah wancananya hanya menjadi olok-olokan. Kerana aku dan mereka bukannya katak, tidak juga beruk mahupun anjing yang boleh di sepak2 sekiranya melanggar arahan. Aku manusia biasa, punya maruah dn harga diri. Selagi tubuh ini masih berdiri gagah, jangan kau mimpi mampu menyentuhnya!!