Rosli masih di situ, termangu. Selalunya kalau tidak di biliknya, di situlah dia menghabiskan masa petangnya. Walaupun sudah bertahun tidak balik, bukit itu tidak pernah dilupakannya. Bukit itulah peneman setianya di kala musim sedih, mahupun musim kecewa. Kadangkala dia merasakan bukit itu lebih memahami rasa derita hatinya lebih daripada orang lain.
Suara emaknya yang mendesak beliau berkahwin masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinganya. Bukannya dia tidak mahu berkahwin, tetapi calon yang sesuai masih belum dijumpai. Kahwin bukan perkara main2, sekali kahwin, sampai mati wanita itulah yang akan dihadapnya seumur hidup. Bukan boleh main pilih2 ikut gambar. Rasa berkenan, jalan,,.
Kenangannya bersama kekasih lamanya juga masih lagi segar dalam ingatan. Bukannya sekejap, lima tahun menyulam cinta, alih2 kekasihnya itu yang berpaling arah, hilang tanpa khabar berita. Bila ditanya mengapa, katanya kita tidak sehaluan lagi. Tidak sehaluan? alasan yang biasanya digunakan oleh pelacur2 Dato' kelas atasan untuk mencari SugarDaddy baru itu tidak dapat diterimanya, langsung!!
Biarpun begitu, dia harus menerima hakikat kehilangan insan yang pernah disayanginya, dan ditatangnya bagai minyak yang penuh. Hidup perlu diteruskan, dan dia mengerti, ramai lagi insan2 yang masih menyayangi dirinya. Walaupun susah untuk melupakan pada awalnya, istiqamahnya dia dengan usahanya dirasakannya berbaloi kerana dapat juga dia melupakan kekasihya itu sedikit demi sedikit. Dan kini dia perlu segera mencari bakal isterinya agar suara emaknya tidak berdesing, berpusing-pusing di telinganya lagi...
No comments:
Post a Comment