Aku bukan ape, ni dah kali ke2 lelaki berbaju hijau itu mengganggu mimpi2 indah aku. bukannye sekali, tapi dah 2 kali!! Ini da lebih.. sdangkan pisang pn berbuah sekali je.
Pandai memandai membuat hukum karma sendiri. Sedangkan Siti Nurhaliza pun berduet dngan Noraniza Idris menyanyikan lagu 'Hati Kama'. Perjalanan yang sepatutnya berjalan dengan lancar diganggu, dihalang, diterpa, dikucar-kacirkan, dihuru-harakan, tanpa perikemanusiaan langsung. Di manakah sifat perikemanusiaan dalam dirinya? tidak mungkin ianya hilang dipuput bayu begitu sahaja. Ataupun ianya disapu kemas oleh keegoan diri sendiri? Keegoan yang dihiasi misai tebal setebal 8 inci dan pakaian ala2 tentera pedahal bajunya tiada secalit celoreng sedikit pun. Mungkin sekali dia dihimpit masalah keluarga yang tidak sudah2 menerpa meninggalkannya keseorangan terkapai2 kelemasan di dalam lautan kekusutan yang tidak berpenghujung. Masalah duit, isteri nak pkai gelang baru, anak x score A+ walaupun sudah diberi RM500 sebulan, anak perempuan kena tangkap basah kerana mandi di lombong tinggal, gaji kena potong, karbureta motor terbelah dua, ekzos kereta tersumbat najis sendiri, serta seribu satu macam lagi masalah2 normal yang biasanya berlaku kepada pekerja2 'kelas ketiga' di negara 'pasca kemerdekaan' ini..
Lalu dilampiaskannya segala kekusutan itu kepada penghuni2 daerah sempit ini. Tanpa belas kasihan, tanpa perikemanusiaan, dia menerpa, dia muncul dari segenap penjuru, seolah2 ingin memperagungkan kehadirannya di daerah sempit ini. Sudahla duduk bagaikan di bawah tempurung, para penduduk yang mulia ingin di tempurungkannya pula. Tetapi itu sudah psti tidak akan berlaku. Segala propaganda dan madah wancananya hanya menjadi olok-olokan. Kerana aku dan mereka bukannya katak, tidak juga beruk mahupun anjing yang boleh di sepak2 sekiranya melanggar arahan. Aku manusia biasa, punya maruah dn harga diri. Selagi tubuh ini masih berdiri gagah, jangan kau mimpi mampu menyentuhnya!!
No comments:
Post a Comment